Orang ramai beratur untuk membeli barangan asas sempena program Jualan Ehsan Rahmah (JER) parlimen Selayang di Taman Pelangi pada 10 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Jualan murah di Karnival Selayangku Sayang 2 dan 3 Mac depan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 FEB: Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Selayangku Sayang 2024 di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang pada 2 dan 3 Mac depan.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dari jam 9 pagi hingga 10 malam menyediakan pelbagai aktivi menarik.

Antara acara ialah jualan murah keperluan asas melalui Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan barang persekolahan selain pemberian sayuran dan aiskrim percuma.

Turut diadakan pertandingan sukan rakyat, Raja Buskers dan aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang menawarkan hadiah wang tunai.

“Jom hadir beramai-ramai, jumpa anda di sana,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :