Pengunjung mendapatkan barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pekarangan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Desa Coalfield, Kuala Selangor pada 19 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kuang, Bukit Melawati, Pandan Indah lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 19 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di Laman Naluri, Jalan Besar Kundang Kampung Setia (Kuang), Taman Kasawari Bukit Rotan (Bukit Melawati) dan Jalan Cempaka 31 Laman 9, Kampung Pandan (Pandan Indah).

JER menawarkan barangan asas seperti ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata sejumlah RM547,000 subsidi diperuntuk menerusi JER pada Januari lalu dengan nilai jualan terkumpul di 46 lokasi adalah RM1.64 juta.

Sepanjang tahun ini juga PKPS akan meneruskan jualan di 1,120 lokasi dan akan turut menganjurkan jualan mega Aidilfitri dijangka pada 6 dan 7 April nanti.

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :