Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memeriksa bau air Sungai Buah dan Sungai Semenyih selepas mengesan bau abnormal pada 5 Februari 2024. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENDANASIONAL

LUAS aktifkan siasatan selepas kesan bau di Sungai Buah, Sungai Semenyih

SHAH ALAM, 5 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan dan mitigasi menyeluruh selepas mengesan bau abnormal di Sungai Buah dan Sungai Semenyih, malam ini.

Agensi itu memaklumkan, bau abnormal itu dikesan jam 8.30 malam tadi dan tindakan diambil berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Air.

“Pemantauan bau oleh LUAS ditingkatkan setiap 30 minit dan bacaan terkini di Sungai Semenyih mencatatkan satu ton.

“Pasukan LUAS digerakkan untuk carian serta pengesanan punca,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu LUAS turut berhubung dengan pihak di Negeri Sembilan untuk semakan di kawasan berkaitan.


Pengarang :