Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Malaysia negara ketiga paling ramai individu bujang di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 16 FEB: Malaysia menduduki tempat ketiga di Asia Tenggara yang memiliki paling ramai individu bujang, hasil kaji selidik SeaAsia Stats.

Menurut kajian tersebut, negara mempunyai 44.68 peratus individu bujang di bawah Filipina yang menduduki tempat pertama dengan 49 peratus dan Brunei (44.9 peratus).

Selain itu, Kemboja merekodkan 44.6 peratus, diikuti Myanmar (29 peratus), Thailand (23 peratus), Indonesia (22 peratus) dan Singapura (20 peratus).

Tiga negara yang merekodkan peratusan bujang terendah adalah Laos dengan 17 peratus, diikuti Vietnam (16 peratus) dan Timor-Leste (13 peratus)

Kajian yang disiarkan menerusi laman sosial rasmi SeaAsia Stats turut mentakrifkan individu bujang adalah mereka yang belum berkahwin, bercerai, berpisah atau balu.

Menurutnya sumber kajian adalah daripada data yang disediakan Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi dan Bujang pada 2021.

“PBB mengumpulkan data perkahwinan terhadap lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia sejak 1970 hingga 2021,” katanya.


Pengarang :