Aksi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ketika menewaskan pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-11, 21-17 dalam perlawanan separuh akhir Masters Thailand di Bangkok pada 3 Februari 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM
AGENDASUKANKINI

Masters Thailand: Tang Jie-Ee Wei mara ke akhir, lawan Dechapol-Sapsiree esok

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Nimibutr itu, Tan Jie-Ee Wei yang berada di kedudukan kesembilan dunia menundukkan pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-11, 21-17.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan Tan Jie-Ee Wei ke atas gandingan Jepun itu pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2024 awal bulan lepas.

Tan Jie-Ee Wei bakal berdepan cabaran getir untuk memperoleh kejuaraan pertama tahun ini apabila dijadual bertemu pilihan pertama dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di final esok.

— BERNAMA


Pengarang :