AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rakam takziah buat keluarga bekas pemain bola sepak Selangor

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain bola sepak Selangor Khalid Ali yang meninggal dunia hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga mendoakan agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang disayangiNya.

“Almarhum merupakan seorang pemain bola sepak kelahiran Selangor yang tangkas serta lincah dan merupakan sebahagian dari skuad Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pemenang pingat emas Sukan SEA 1979.

“Saya berkesempatan menziarahi Almarhum pada April tahun lalu dan bertanyakan khabar beliau ketika itu,” katanya menerusi Facebook.

Khalid pernah mewakili negara dari 1977 hingga 1985 dan membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

 


Pengarang :