Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad menggaul ‘yee sang’ ketika mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Gombak pada 11 Februari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

MB teruskan tradisi ziarah sahabat Tionghoa, harap hubungan terus erat

SHAH ALAM, 11 FEB: Dato’ Menteri Besar meneruskan tradisi setiap tahun menziarahi rumah sahabat kaum Tionghoa di Gombak sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kunjungan Dato’ Seri Amirudin Shari itu ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad. Turut serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli.

Menerusi Facebook, beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak memulakan program ziarah ke rumah Long Fei Fei meluangkan masa bertanya khabar serta dijamu dengan makanan tradisi Yee Sang.

Dengan tradisi ziarah itu, Amirudin berharap hubungan mesra yang dijalin terus kukuh dan erat.

Terdahulu, Amirudin bersama beberapa barisan EXCO meraikan Tahun Baharu Cina dengan berkunjung ke kediaman EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim.

Antara pentadbiran Kerajaan Negeri yang hadir EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin, EXCO Belia Mohd Najwan Halimi dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berkunjung ke kediaman sahabatnya sempena Tahun Baharu Cina di Gombak pada 11 Februari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berkunjung ke kediaman EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Gombak pada 11 Februari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari

Pengarang :