Suasana di bazar Ramadan SS6/1, Petaling Jaya pada 5 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ buka 19 lokasi bazar Ramadan, laksana urus niaga tanpa tunai

PETALING JAYA, 8 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meluluskan permohonan 931 peniaga yang ditempatkan di 19 lokasi bazar Ramadan tahun ini.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata semua peniaga juga diwajibkan melaksanakan urus niaga tanpa tunai sebagai menyokong agenda menuju Negeri Pintar.

“Bertemakan ‘ Digital & Clean’, kita mewajibkan peniaga menggunakan urus niaga tanpa tunai yang  ditempatkan di 1,243 petak bazar di 19 lokasi sepanjang Ramadan.

“Kita berharap peniaga dapat mematuhi syarat dan menjaga kebersihan ketika dan selepas berniaga seiring dengan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Sesi Cabutan Undi Petak dan Penyerahan Permit Bazar Ramadan 2024 di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.

Mohamad Zahri berkata semua peniaga juga diberi taklimat dan perkongsian berhubung kuasai ilmu kejuruteraan makanan di bulan Ramadan, pembiayaan skim i-bermusim dan kepentingan pengendalian makanan.

Jelasnya, MBPJ turut menganjurkan bimbingan dan kursus kejuruteraan makanan secara percuma pada 4 Mac ini seiring dengan matlamat untuk mentransformasikan peniaga di Petaling Jaya.

“Kita mengalu-alukan semua peniaga untuk mengikuti kursus ini kerana ia bukan hanya memberi ilmu tetapi kita juga dapat belajar mengembangkan sayap perniagaan,” katanya.

Berikut adalah 19 lokasi bazar Ramadan di Petaling Jaya :

  • SS 6/1, Kelana Jaya
  • Taman Medan PJS 2/3
  • Seksyen 17/1A
  • SS8, Sungai Way
  • Taman Sri Manja PJS 1.30
  • Seksyen 14/27 (Pasar Seksyen 14)
  • Kampung Lindungan PJS 6/3
  • Desa Mentari, PJS 6./5
  • Seksyen 8, Sungai Jernih
  •  Lembah Subang
  • Kampung Sungai Kayu Ara (Tapak Pasar Malam)
  •  Seksyen 4, Kota Damansara
  • Seksyen 7, Kota Damansara
  • Pangsapuri Vista Business Centre, Damansara Damai
  • Prima Damansara
  • Jalan Kenyalang 11/1, Kota Damansara
  • Jalan Cemara SD 3/2A, Bandar Sri Damansara
  • Jalan Meranti SD 13/4, Bandar Sri Damansara
  •  Jalan PJS 8/12

Pengarang :