PBTSELANGOR

MPKS buka permohonan permit baki petak bazar Ramadan, Aidilfitri mulai hari ini

SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan permit baki petak bazar Ramadan dan Aidilfitri mulai hari ini hingga 20 Februari.

MPKS menerusi Facebook memaklumkan baki 206 petak bazar Ramadan dan 124 petak bazar Aidilfitri boleh dimohon secara dalam talian menerusi pautan https://ip3ks.mpks.gov.my.

Menurutnya, baki tapak perniagaan bagi bazar Ramadan di tujuh lokasi ditawarkan pada harga RM300 manakala RM150 bagi bazar Aidilfitri di hadapan Pasar Awam Sungai Buloh (7 April-9 April) dan RM400 di Jalan KP/1, Tanjung Karang.

“Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kompaun MPKS, melampirkan dokumen sokongan diperlukan serta mendaftar dengan aplikasi perniagaan dalam talian Platform Selangor (PLATS).

“Selain itu tambahan bayaran RM60 akan dikenakan bagi gerai tebu dan air kelapa,” katanya.

Untuk keterangan lanjut hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 0332891439 atau 1549/2423/4328.

Sebelum ini pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sebanyak 869 petak bazar Ramadan dan 316 petak bazar Aidilfitri disediakan tahun ini untuk peniaga melibatkan 14 lokasi.


Pengarang :