Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Jualan Termurah Madani dan Karnival Kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Negeri perkenal Jualan Termurah Madani, sasar anjur setiap parlimen

KUALA SELANGOR, 25 FEB: Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan program Jualan Termurah Madani ke seluruh Selangor bermula di Tanjung Karang, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jualan tersebut akan digabungkan dengan Jualan Ehsan Rakyat (JER) dengan kerjasama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

“Kita akan gabungkan program ini dengan JER dan saya akan pertemukan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan NACCOL untuk kita bincangkan pelaksanaannya.

“Jualan Termurah Madani juga dicadangkan dilakukan di setiap Parlimen, sekurang-kurangnya satu kali dalam tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan jualan murah itu di sini, hari ini.

Turut hadir EXCO Pelancongan Ng Suee Lim, Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Saipolyazan M Yusop.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau program Jualan Termurah Madani dan Karnival Kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin menjelaskan formula pelaksanaan Jualan Termurah Madani dijangka tidak melibatkan perbelanjaan subsidi yang terlalu besar selain tidak menganggu pasaran sedia ada.

Menurutnya jualan murah itu menyediakan pelbagai barangan keperluan asas dengan potongan harga sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Terdahulu, pada majlis sama, Amirudin berkata Selangor menjadi negeri pertama mewujudkan simpanan bekalan makanan yang dijangka memiliki daya tahan sehingga tiga bulan.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memperuntuk RM50 juta bagi mewujud keterjaminan makanan membabitkan bekalan makanan seperti beras, ayam, daging dan ikan.

“Keterjaminan bekalan makanan kita akan dimulakan dengan tanaman, dengan memastikan hasil ternakan dan bekalan makanan ternakan iaitu bijirin jagung, yang akan mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau program Jualan Termurah Madani dan Karnival Kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Orang ramai membeli barangan keperluan asas ketika program Jualan Termurah Madani dan Karnival Kesihatan di Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 25 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :