EXCO Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Insfrastuktur Digital Dr Fahmi Ngah diberi penerangan ketika kunjung hormat dan lawatan ke Digital Nasional Berhad, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri sasar pasang 2,000 CCTV pintar menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Kerajaan Negeri menyasar untuk memasang 2,000 kamera litar tertutup (CCTV) pintar sekitar kawasan pentadbiran menjelang 2026.

EXCO pembudayaan sains berkata RM25 juta diperuntuk bagi pemasangan CCTV teknologi ‘analytics’ yang menyediakan sistem pengawasan menggunakan teknologi imej digital.

“Kelebihan CCTV boleh buat pemantauan berkaitan aspek keselamatan, pencemaran dan kesihatan awam dengan kelajuan tinggi melalui liputan rangkaian 5G.

“Pemantauan dapat dibuat secara automatik tanpa melibatkan penguat kuasa untuk buat pemantuan di depan skrin sepenuh masa,” kata Dr Fahmi Ngah.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja ke Digital Nasional Berhad (DNB) di The Exchange 106 di sini.

EXCO Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Insfrastuktur Digital Dr Fahmi Ngah (tengah) ketika kunjung hormat dan lawatan ke Digital Nasional Berhad, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2024.. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Menurutnya, 414 CCTV teknologi berkenaan telah dipasang sekitar negeri yang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Lawatan ke DNB hari ini bersama pihak agensi Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Selangor untuk melihat penggunaan teknologi 5G dan rujukan pemasangan alatan secara menyeluruh.

“Pemasangan alatan CCTV ini juga memenuhi hasrat negeri meraih capaian penuh liputan 5G menjelang 2025, untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan kehidupan rakyat,” katanya.


Pengarang :