EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjawab soalan sempena persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 28 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri sedia RM33.8 juta laksana projek tebatan banjir di Kuala Langat

SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memperuntuk RM33.8 juta bagi melaksanakan dua projek rancangan tebatan banjir (RTB) sekitar Kuala Langat.

EXCO infrastruktur menjelaskan RTB Sungai Sijangkang bermula 25 Mei tahun lalu meliputi penstabilan dan pengukuhan tebing serta pembinaan perangkap pencemar kasar dengan kos RM18.8 juta.

Menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri hari ini, Ir Izham Hashim berkata projek RTB Sungai Banting bernilai RM15 juta yang dilaksana 17 Mei tahun lalu pula membabitkan kerja pembinaan ‘u-drain’.

“Status pelaksanaan (kedua-dua) projek mencapai 13 peratus sehingga 31 Januari lalu,” katanya menambah projek berkenaan dijangka siap antara Ogos hingga November ini.

Berhubung naik taraf sistem perparitan di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang, Ir Izham berkata ia membabitkan pembaikan longkang dan longkang bumi dengan kos RM5.5 juta dan dijangka siap 2025.

 


Pengarang :