Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) peringkat DUN Dusun Tua di Taman Wangsa, Cheras pada 24 Disember 2023. Foto FOTO NAS NORZIELA NASBAH/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang beli barangan murah di sembilan lokasi termasuk Segi Fresh hari ini

SHAH ALAM, 4 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lokasi termasuk lima cawangan pasar raya Segi Fresh hari ini.

Jualan murah peringkat Dewan Undangan Negeri diadakan di Dewan Orang Ramai Tok Muda (Sementa), Dataran Niaga Serendah (Batang Kali), Kampung Dato Lee Kim Sai (Rawang) dan Kampung Sepakat (Bukit Melawati).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS turut bekerjsama dengan Segi Fresh untuk melaksanakan JER di lima cawangan pasar raya di Jalan Kebun, Sungai Besar, Ken Rimba, Pandamaran dan Bandar Teknologi Kajang.

Pelaksanaan jualan murah di Segi Fresh adalah sebahagian memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara PKPS dan pasar raya itu pada Julai tahun lalu bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Tahun lalu PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 berikutan kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book Records( MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :