AGENSISELANGOR

Pendaftaran saringan kanak-kanak lewat perkembangan kini dibuka

SHAH ALAM, 22 FEB: Ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas dipelawa menyertai program saringan awal percuma anjuran Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS).

ANIS memaklumkan program saringan itu disediakan khusus oleh doktor dan pakar bertauliah untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan.

“Risau tengok perkembangan anak tidak sama seperti anak orang lain? Ibu ayah jangan risau. Kenali potensi anak anda dengan ujian saringan perkembangan kami,” katanya menerusi Facebook.

Menurut ANIS permohonan terbuka sepanjang tahun dan peserta yang layak akan menerima panggilan bagi menghadiri temujanji pada hari yang ditetapkan.

Tambah agensi itu pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun dan ibu atau bapa atau penjaga mestilah pengundi di Selangor.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan berikut https://www.anisselangor.com/saringan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).


Pengarang :