Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Februari 2024. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Prestasi kewangan melebihi sasaran, Sultan harap negeri kekal kejayaan

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan tahniah kepada pentadbiran negeri atas pencapaian prestasi kewangan melebihi sasaran tahun lalu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berharap kejayaan itu terus dipertingkat dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Bagaimanapun, hasil negeri ini perlulah diurus dengan baik dan dibelanjakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” titah Baginda sempena istiadat pembukaan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tahun lalu, rizab negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan sejumlah RM3.561 bilion, kutipan hasil pula mencecah RM2.708 bilion dengan lebihan kewangan RM206 juta.

Dalam pada itu, Sultan Selangor berharap Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dilaksana mengikut garis masa ditetapkan terutama membabitkan program kebajikan rakyat dan projek berdampak tinggi.

Baginda turut mengalu-alukan inisiatif Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta pejabat daerah dan tanah membangunkan sistem e-tanah bagi melancarkan pendigitalan.

“Aspek ini akan membantu dalam proses semakan, perancangan dan pemantauan yang boleh dibuat secara pantas, berkala dan teratur,” titah Baginda.

 

 


Pengarang :