Foto Facebook Izuan Kasim
ADNSELANGOR

Pusat Wanita Berdaya Kota Damansara anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 FEB: Golongan wanita dipelawa menyertai program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Pusat Wanita Berdaya Kota Damansara Sabtu ini.

Wakil rakyat Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata program bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di Dewan Bunga Matahari di Subang Bestari.

“Program ini dianjur bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya kaum Hawa berhubung kepentingan penjagaan dan pemeriksaan kesihatan diri.

“Ayuh, anda semua dijemput hadir untuk periksa kesihatan secara percuma dan turut diadakan sesi soal jawab bersama doktor pakar,” katanya kepada Selangorkini.

Pengunjung juga turut diberi penerangan bersama doktor pakar sakit puan berkenaan punca dan kaedah mengatasi penyakit barah serta penjagaan pemakanan.

Selain itu, individu pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berusia 40 tahun ke atas juga boleh menjalani ujian barah pangkal rahim secara percuma.

Sebarang pertanyaan atau mahu daftarkan nama untuk ujian pap smear boleh hubungi Ana Razak menerusi talian 019-391 0022.


Pengarang :