Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) bersama Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Dato’ Ibrahim Md Yusof (kanan) melancarkan Bulan Wakaf Selangor 2024 di Wisma PKPS, Shah Alam pada 7 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PWS lancar kempen galak umat Islam berwakaf secara tunai, hartanah

SHAH ALAM, 7 FEB : Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) buat julung kalinya melancarkan Bulan Wakaf Selangor mulai  11 Februari (1 Syaaban) sehingga 9 April (29 Ramadan).

Menggunakan slogan ‘Mudahnya Berwakaf’, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata pelbagai platform turut disediakan bagi memudahkan umat Islam berwakaf secara tunai atau hartanah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berucap ketika Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Selangor 2024 di Wisma PKPS, Shah Alam pada 7 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita mahu membudayakan dan menyeru rakyat Selangor supaya sentiasa berwakaf. Wakaf tidak semestinya memerlukan amaun yang besar sebaliknya jumlah yang kecil pun sudah memadai.

“Lagi sayang kita kepada harta itu, lagi baik kita berwakaf maksudnya kita menghargai bahawa sumbangan kita kerana Allah dan pahala juga diterima berterusan meski kita sudah meninggal dunia,” kata Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Ditemui selepas melancarkan kempen berkenaan di Dewan Orkid Wisma PKPS di sini, Abdul Aziz berkata pelbagai program dianjurkan sepanjang kempen antaranya kuliah khas Maghrib bersama figura dakwah, siaran langsung podcast bersama pempengaruh dan lawatan tapak ke projek pembinaan melalui dana wakaf khas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) bersama Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Dato’ Ibrahim Md Yusof (tiga, kiri) bergambar bersama selepas menyerahkan cek cura sumbangan fisabilillah kepada penerima ketika Maljis Pelancaran Bulan Wakaf Selangor 2024 di Wisma PKPS, Shah Alam pada 7 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu, turut diadakan serahan cek cura sumbangan wakaf fisabilillah kepada lima institusi yang memerlukan dana baik pulih iaitu Sekolah Menengah Pandamaran Jaya, Klang (RM50,000) dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam (RM50,000).

Manakala, turut menerima sumbangan sama Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa, Klang (RM45,000); Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (RM42,000) dan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak (RM41,000).

Selain itu, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad turut menyerahkan cek cura sumbangan korporat kepada PWS sejumlah RM10,000.


Pengarang :