Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semasa sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Shah Alam pada 20 April 2023. Foto BERNAMA
AGENDAJENAYAH

Reman lima individu pukul lelaki hingga maut dilanjut empat hari

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan ringkas berkata kesemua yang berusia 22 hingga 52 tahun disambung hingga reman hingga Khamis ini.

Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata selain lima lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan kedua-duanya direman lima hari hingga Selasa ini.

Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.

Pada Rabu, media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga maut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

Sejurus kemalangan itu, mangsa dikatakan telah dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

-BERNAMA


Pengarang :