Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Dr Roland Busch (kiri) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Tindaro Danze di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 28 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor-Siemens meterai MoU, tingkat langkah strategik pendigitalan negeri

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Kerajaan Negeri menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Siemens Malaysia Sdn Bhd hari ini bagi meningkatkan langkah strategik transformasi digital.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata MoU juga antara lain berperanan mempercepatkan kedudukan Selangor sebagai peneraju pendigitalan di Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Siemens Malaysia Sdn. Bhd di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 28 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kerjasama ini mempunyai potensi yang besar dalam membina lebih banyak program dan platform khususnya memperkasa Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini.

“MoU ini bukan sahaja untuk menangani keperluan industri hari ini, tetapi mewujudkan permintaan tenaga kerja masa hadapan.

“Ini termasuk perkhidmatan sokongan pembangunan dan meningkatkan kemahiran pekerja dalam industri yang digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1),” katanya berucap di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Dr Roland Busch (kiri) menyaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Johary Anuar bertukar dokumen bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Tindaro Danze ketika majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Siemens Malaysia Sdn Bhd di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 28 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut antara Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Tindaro Danze.

Sementara itu, Tindaro berkata kerjasama itu meletakkan Siemens di barisan hadapan dalam memajukan inisiatif transformasi digital negeri.

“Melalui khidmat nasihat dan rundingan kami, Siemens menyokong kerajaan dalam visinya mempercepatkan transformasi digital seterusnya mewujudkan peluang perniagaan dalam ekosistem industri di Selangor,” katanya.


Pengarang :