Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan cek cura kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang pada 2 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor terima lebih RM127 juta bantuan awal sekolah, ringan beban ibu bapa

KAJANG, 2 FEB: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menerima lebih RM127 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk diagihkan kepada 848,744 pelajar di negeri ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata jumlah itu antara tertinggi memandangkan Selangor memiliki 933 sekolah sekali gus mempunyai pelajar yang ramai.

“Dengan bantuan awal ini, kita yakin dapat meringankan beban ibu bapa. Jumlah RM150 (seorang pelajar) perlu diberi sepenuhnya kepada ibu bapa.

“Kalau ada aduan (bantuan dipotong), kita akan siasat. Jumlah diberikan mesti sepenuhnya. Kalau tidak, kita akan tuntut dan minta dikembalikan,” katanya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menggaul Yee Sang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang pada 2 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan penyerahan cek cura BAP kepada Pengarah JPN Selangor Dr Jafri Abu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Yu Hua di sini hari ini.

Belanjawan tahun ini memperuntuk lebih RM788 juta bagi pelaksanaan BAP berbanding kos disediakan tahun lalu RM450 juta.

Secara keseluruhan, kementerian pendidikan menerima peruntukan lebih RM58.7 bilion bagi mengekalkan bidang itu sebagai komponen utama.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan sampul duit kepada pelajar pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua, Kajang pada 2 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :