AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Darul Ehsan Berselawat serikan program Madani Rakyat Zon Tengah (VIDEO)

SHAH ALAM, 17 FEB: Acara Darul Ehsan Berselawat antara yang disediakan dalam program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 hingga 25 Februari ini.

Selawat yang bermula 8 hingga 11.49 malam itu diiringi Habib Ali Zaenal Abidin, Habib Najmuddin Al-Khered, Habib Nael Ben Taher dan dai Syed kumpulan Nur Ahli Badar.

Pengunjung digalakkan membawa sejadah sendiri, tikar dan pelitup muka ketika menghadiri acara selawat berkenaan.

Program Madani Rakyat adalah kesinambungan program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Nasional Jalil pada Disember lalu.

Program yang diteruskan ke peringkat negeri dan dijalankan mengikut zon merangkumi Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan pada kali ini.

Penutupan program itu dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pimpinan tertinggi persekutuan dan negeri juga dijangka hadir.

 

 

 


Pengarang :