Peserta menghabiskan pusingan akhir ketika larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sertai Ehsan Fun Run di Selangor Fruits Valley 2 Mac ini

SHAH ALAM, 14 FEB: Orang ramai dipelawa menyertai larian santai Ehsan Fun Run 2024 di Selangor Fruits Valley (SFV) Rawang pada 2 Mac ini bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS), pertandingan terbuka kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan bayaran RM25 manakala dewasa 13 tahun ke atas (RM40).

Individu berminat boleh daftar menerusi aplikasi Move On atau tekan terus ke pautan https://www.mov3on.com/event-details.php?id=54

“Anda juga boleh menikmati air kelapa segar dari ladang selain melihat sendiri haiwan ternakan serta pelbagai tanaman segar di SFV.

“Peserta turut diberi bertih jagung, gula-gula kapas dan pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik boleh dimenangi,” menurut PKPS di Facebook.

PKPS memaklumkan semua peserta akan menerima mikrofiber super dry t-shirt; medal; air mineral; koleksi sijil kit larian.

“Semua barangan itu boleh diambil di Dewan Orkid, tingkat 4, Wisma PKPS, Seksyen 14 pada 29 Februari (10 pagi hingga 5 petang) dan 1 Mac (2 petang hingga 9 malam).

“Jom daftar sekarang, penyertaan adalah terhad kepada 1,000 peserta sahaja,” katanya.


Pengarang :