Pemain beregu wanita negara Pearly Tan (kiri) dan Thinaah Muralitharan beraksi menentang pasukan dari Indonesia Lanny Tria Mayasari dan Ribka Sugiarto pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) pada 16 Februari 2024. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Skuad wanita negara gagal ke separuh akhir badminton Asia

SHAH ALAM, 16 FEB: Impian skuad wanita negara mara ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) tidak kesampaian apabila tewas di tangan penyandang juara, Indonesia 0-3 pada aksi suku akhir hari ini.

Pertarungan di Pusat Konvensyen Setia City di sini itu menyaksikan M Thinaah yang bergandingan bersama Pearly Tan kalah 14-21, 21-18, 15-21 di tangan Lanny Tria Mayasari-Ribka Sugiarto.

Manakala wanita perseorangan, K Letshanaa juga dilihat tewas 12-21, 21-18, 13-21 di tangan Putri Kusuma Wardani.

Seorang lagi pemain perseorangan, Wong Ling Ching untuk memberi peluang skuad wanita ke separuh akhir turut tidak kesampaian apabila terpaksa akur ketika berdepan Ester Nurumi Tri Wardoyo selepas kalah 21-14, 15-21, 16-21.

Selain Indonesia, turut mara ke separuh akhir ialah India selepas mengalahkan Hong Kong 3-0, manakala Thailand pula menewaskan Taiwan 3-1.


Pengarang :