Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Februari 2024. Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan seru guna air berhemah, bantu tingkat simpanan air semasa

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru rakyat menggunakan air secara cermat dan berhemah setiap hari.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah ia berikutan tahap kesedaran segelintir pihak dilihat masih rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik tinggi.

“Beta menyeru seluruh rakyat untuk bersama menggunakan air harian secara cermat dan berhemah bagi menyumbang kepada peningkatan simpanan air semasa.

“Tahap kesedaran terhadap penggunaan air secara berhemah masih berada pada tahap rendah hingga menyebabkan kadar penggunaan domestik tinggi dianggarkan 215 liter seorang sehari,” titah baginda.

Baginda bertitah pada istiadat pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan kesyukuran Selangor dilimpahi kemakmuran dan mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi.

“Bagaimanapun, wajar ada persediaan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim seperti musim kemarau,” titah baginda.


Pengarang :