Kenderaan menuju ibu kota ketika tinjauan sempena cuti sambutan Hari Krismas di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Jalan Duta pada 25 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tol percuma pada 8, 9 Februari sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 7 FEB: Pengguna lebuh raya kelas satu (kenderaan persendirian) bakal menikmati tol percuma selama dua hari mulai 8 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kemudahan itu dilaksana di semua lebuh raya mulai jam 12.01 tengah malam ini dan berakhir pada 11.59 malam pada 9 Februari, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, mesyuarat jemaah menteri menetapkan pengecualian itu tidak termasuk tol sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Tol percuma ini sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya seperti dilaporkan.

Kementerian itu berharap pemberian tol percuma dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang
perjalanan sewajarnya dan mematuhi syor jadual waktu perjalanan.

 


Pengarang :