AGENDANASIONAL

Bayi lelaki baru lahir maut dicampak dari kondominium

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Balai Polis Sri Petaling menerima maklumat orang awam berhubung kes tersebut pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. Mangsa dipercayai baru dilahirkan memandangkan bayi lelaki itu masih bertali pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

– BERNAMA


Pengarang :