PBTSELANGOR

Bazar Ramadan, MBSJ sedia 1,560 petak niaga di 25 lokasi

SUBANG JAYA, 6 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan 1,560 petak niaga bazar Ramadan di 25 lokasi, tahun ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata ia membabitkan lima zon iaitu di zon Subang Jaya; Puchong; Kinrara; Putra Heights dan Serdang / Seri Kembangan.

Menurut Muhammad Azli Miswan MBSJ meneruskan beberapa inisiatif hijau kepada pelanggan dan peniaga bazar Ramadan bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

“Antara inisiatif tersebut adalah kempen pengumpulan minyak masak terpakai dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad di empat bazar Ramadan terpilih iaitu di USJ 4, Subang Jaya; BK5, Bandar Kinrara; Taman Puchong Prima dan Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

“Program kutipan dilaksana setiap Sabtu bermula jam 5 petang hingga 7 malam dan peniaga yang mengambil bahagian akan diberi bayaran wang tunai sebanyak RM3 per kilogram (kg),” katanya menerusi kenyataan media.

Muhammad Azli berkata inisiatif lain adalah mewajibkan peniaga menyediakan kaedah bayaran tanpa tunai di semua bazar Ramadan serta menggalakkan kempen bebas polisterina dan penyedut minuman plastik.

Jelasnya, MBSJ akan sentiasa memantau dan memastikan semua arahan dipatuhi dan sekiranya ingkar pihaknya tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan.

Berikut merupakan lokasi bazar Ramadan Subang Jaya tahun ini :

Zon Subang Jaya 

  • USJ 4 Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
  • USJ 7 Subang Jaya
  • Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
  • Batu 3 Shah Alam (bersebelahan tapak pasar malam lama Batu 3)
  • SS 19 Subang Jaya (bersebelahan Sheel)
  • SS 13.1A (tapak parkir Dataran Millenium)

Zon Puchong

  • Dataran Niaga Puchong Permai
  • Taman Puchong Prima (jalan Prima 5/4) – kecuali Sabtu
  • Taman Puchong Indah (Jalan Indah 2/1) – kecuali Isnin
  • Taman Puchong Utama (Jalan Pu 7/2)
  • Bandar Bukit Puchong (Jalan BP 7)
  • Kampung Tengah (Jalan Kempas)
  • Persiaran Saujana Puchong (Jalan SP 3)
  • Pangsapuri Sri Begonia (Jalan Puteri 7/1)

Zon Kinrara

  • Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)
  • TK4 Taman Kinrara (Jalan TK4/13)

Zon Putra Heights

  • Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara)
  • Bukit Lanchong (Jalan Besar)

Zon Serdang/Seri Kembangan

  • Taman Seri Serdang (Jalan 18/35)
  • Taman Equine (Jalan PP 1B)
  • Taman Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)
  • Jalan LEP 1/1C Lestari Putra
  • Taman Serdang Raya (depan Masjid Serdang Raya)
  • Jalan LP7/2 Taman Lestari Perdana
  • Jalan BPP 5/9 Bandar Putra Permai

 


Pengarang :