Pemain Gombak FA meraikan kejayaan menjuara Liga Juara Selangor 2023 selepas menewaskan Kampong Bharu Boss 1-0 di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 10 Disember. Foto Persatuan Bola Sepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Gombak FA layak sertai Liga AFL, guna logo baharu

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 9 MAC: Gombak FA mengesahkan penyertaan pada Liga AFL-Kejohanan MBSB Bank 2024 dengan menggunakan logo baharu dikenali Gombak FC.

Persatuan Bola Sepak Daerah Gombak berkata penyertaan Gombak FA pada Liga AFL-MBSB Bank Championship 2024 akan memberi nafas baharu kepada kemeriahan kejohanan itu.

“Persatuan akan mengumumkan barisan kejurulatihan, pengurusan pasukan dan barisan penaja Gombak FA dalam masa terdekat.

“Semoga kehadiran Gombak FA di Liga AFL – Kejohanan MBSB Bank 2024 memberi saingan kepada pasukan bertanding serta mewarnai liga tersebut di Gombak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini Persatuan Bolasepak Daerah Gombak mengemukakan permohonan bagi menyertai Liga AFL-Kejohanan MBSB BANK 2024.

Dalam surat bertarikh 8 Mac, Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL bersetuju menerima penyertaan Gombak FA pada kejohanan itu.

“Persatuan merakam ucapan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah AFL memberikan kepercayaan dan kemampuan Gombak FA untuk bermain Liga AFL – MBSB Bank Championship 2024,” katanya.


Pengarang :