EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Dewan Undangan Negeri, Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Isu keselamatan siber murid sekolah, negeri anjur program kesedaran setiap daerah

SHAH ALAM, 7 MAC: Program untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid sekolah akan dilaksana di sembilan daerah negeri tahun ini.

EXCO pembangunan wanita berkata Program Komuniti Selamat Bersepadu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dimulakan secara berperingkat selepas April.

“Murid akan diberi kesedaran keselamatan siber serta sentuhan selamat dan tidak selamat. Selain itu,  program termasuk lukisan mural di dinding sekolah dengan meletakkan nombor telefon sesiapa yang perlu dihubungi jika berlaku kes sentuhan tidak selamat atau gangguan seksual.

“Di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat, program ini telah bermula sejak tahun lalu di satu daerah dan tahun ini akan diteruskan di sembilan daerah di Selangor.

“Dijangka April ini (selepas Aidilfitri) akan kenal pasti sekolah yang akan bergabung di setiap daerah,” kata Anfaal Saari pada sidang media di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze pada sidang media sama mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.

“Ia bagi melihat sama ada sistem sedia ada berkesan (dalam mengelak kes pembuangan bayi) dan jika ada ruang untuk penambahbaikan inilah masa untuk melaksanakannya.

“Saya ingin menegaskan kami tidak menyokong tindakan pembuangan bayi. Apa yang diharapkan di sini supaya sistem ini dilihat semula secara holistik,” katanya.

Mei Sze sebelum ini berkongsi di laman Facebooknya mengenai penemuan seorang bayi kawasan Court 4, Subang Jaya dan pihaknya memantau dekat kes berkenaan.


Pengarang :