Sebahagian anak yatim kelihatan ceria setelah menerima sumbangan pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Hulu Langat di Masjid Jamek Bandar Kajang, Hulu Langat pada 8 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jaga kebajikan anak yatim, Yide agih RM1.71 juta sumbangan raya

SHAH ALAM, 14 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bakal menyerahkan sumbangan raya kepada 11,386 anak yatim di seluruh negeri ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.71 juta.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata selain bantuan raya terbabit, pihaknya juga turut menyalurkan sejumlah RM500,000 kepada golongan berkenaan demi menjaga kebajikan mereka.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ditemui pada program serahan Jalur Gemilang dan ziarah merdeka Mais di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 28 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Sumbangan ini untuk menjayakan kerjasama dengan YIDE. Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berangkat ke enam lokasi bagi menyampaikan sumbangan ini,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berucap ketika majlis berbuka puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik 2,778 penolong amil fitrah tahun ini bagi memudahkan urusan bayaran zakat fitrah.

“Umat Islam dinasihatkan untuk membayar zakat fitrah hanya kepada amil dilantik dan memiliki kad tauliah serta lantikan yang disahkan Mais,” katanya.

Tahun ini, kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang,  berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini.

Sebahagian anak yatim menunjukkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang disampaikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Rumah Anak Yatim Hidayah Al Hijrah, Hulu Langat pada 1 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :