Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han (tengah) beramah mesra bersama wakil masjid dan surau di Dewan Saidina Abu Bakar, Masjid As Salam, Puchong Perdana pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Jelajah Kasih Ramadan DUN Kinrara bantu ringan beban 30 keluarga asnaf

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

PUCHONG, 9 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara meneruskan program bantuan Aidilfitri kepada 30 keluarga yang memerlukan sempena Jelajah Kasih Ramadan.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata sumbangan tidak terhad kepada bakul makanan sebaliknya melihat situasi penerima seperti keperluan barang asas atau perubatan.

“Seperti tahun sebelum ini, kami meneruskan Jelajah Kasih Ramadan bagi menyantuni keluarga asnaf bertujuan meringankan beban ditanggung golongan itu.

“Pihak PKM akan bekerjasama dengan pengurusan masjid dan surau untuk dapatkan senarai nama keluarga asnaf yang perlu bantuan,” katanya pada majlis ramah mesra bersama pengurusan masjid dan surau sekitar DUN Kinrara di Masjid As Salam, Puchong Perdana, di sini hari ini.

Sebelum ini Sze Han yang juga EXCO Kerajaan Negeri memaklumkan pihaknya memperuntukkan RM31,000 untuk sumbangan program ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau.

Katanya, 31 rumah ibadat menerima sumbangan bagi pelaksanaan aktiviti sepanjang Ramadan yang mana setiap masjid dan surau menerima sumbangan RM1,000.


Pengarang :