Anggota bomba memadamkan kebakaran deretan lima kedai di Bandar Baru Sungai Buloh pada 5 Mac 2024. Foto JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Kedai runcit, stor antara lima kedai musnah dalam kebakaran

SHAH ALAM, 5 MAC: Lima kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan 3.58 pagi dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara serta BBP Kota Anggerik bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan lima deretan kedai setingkat, api berjaya dikawal 4.39 pagi dan dipadamkan sepenuhnya 6.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran melibatkan kedai runcit dan stor yang musnah 80 peratus, kedai barangan terpakai musnah 80 peratus, dua kedai makan dengan kemusnahan masing-masing 50 serta 30 peratus.

Menurutnya tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.


Pengarang :