EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim menandatangani perasmian kedai murah Kohijrah bergerak ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kohijrah sasar 80 pengusaha kendera saji beroperasi tahun ini

SHAH ALAM, 3 MAC: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) menyasarkan 80 trak membawa barangan keperluan asas beroperasi tahun ini.

Pengurus Besar Kohijrah Mohammad Syukri Ismail berkata sasaran itu adalah sebahagian daripada usaha membantu usahawan pengendali trak makanan.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Mohammad Syukri Ismail bercakap kepada Media Selangor selepas Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Sebahagian daripada usahawan pengendali trak makanan ini tidak terikat dengan mana-mana program. Berikutan itu kita mempelawa usahawan yang memiliki trak berdaftar dengan Kohijrah.

“Buat masa ini, Kohijrah ada lebih lapan trak yang menjual makanan dan hasil laut. Kita sasar memperluas trak membawa keperluan harian pada harga murah mencapai 80 trak tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui pada Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di pekarangan Wisma Kohijrah di sini, hari ini.

Karnival anjuran Kohijrah dan Parlimen Kota Raja dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia itu dirasmikan EXCO Pertanian Ir Izham Hashim.


Pengarang :