Orang ramai mendaftar Sistem Pengkalan Data Utama (Padu) di kaunter fizikal yang disediakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 4 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 1.1 juta individu di Selangor daftar Padu setakat semalam

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 1.13 juta penduduk negeri ini telah mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) setakat semalam.

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor menyeru orang ramai supaya memanfaatkan baki lapan hari sehingga 31 Mac untuk mengemas kini maklumat peribadi.

“Anda ada masalah untuk mengemaskini Padu? Biar kami bantu. Ayuh warga Selangor serbu kaunter Padu berdekatan dengan anda,” menurut kenyataan di Facebook hari ini.

Sistem Padu yang dilancarkan pada 2 Januari lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikemas kini menerusi pautan www.padu.gov.my sehingga 31 Mac.

Individu berumur 18 tahun ke atas terutama ketua isi rumah disaran mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan tempoh mendaftar Padu. Ia bagi mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

Hari ini terdapat 32 kaunter fizikal yang dibuka mulai jam 9 pagi hingga 2 petang melibatkan enam daerah.

Senarai kaunter Padu mengikut daerah:

Gombak

  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Desa Satu
  • Nadi Wangsa Permai
  • Balai penghulu mukin Setapak
  • Jualan ikan murah, Flat AU 1B, Taman Keramat

Klang

  • Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kampung Batu Belah
  • Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
  • Dewan perbincangan dan sewan makan Surau Shariful Huda, Taman Kem Pelabuhan Klang
  • Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Perepat, Kapar

Kuala Langat

  • Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Kanchong Darat
  • Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Tadom
  • Medan Selera MDKL Taman Ria

Kuala Selangor

  • Pedi Taman Saujana Utama
  • Pedi Pekan Ijok
  • Pedi Taman Seri Cahaya
  • Pedi Kampung Batu 19 Jeram
  • Pedi Sungai Sireh

Hulu Langat

  • Pejabat penghulu Beranang
  • Pedi Taman Ahmad Razali
  • Surau Al-Muqarrabin, Taman Perkasa Fasa 2,
  • JMB pansapuri Seri Anggerik (Blok SA 5A), Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
  • Medan Selera Seeme Two, Sungai Chua
  • MPKK Kampung Pandan Dalam
  • Masjid Jamiul-Huda, Kampung Melayu Ampang
  • Dewan Komuniti Jalan Merdeka

Hulu Selangor

  • Lotus’s Bukit Beruntung
  • Nadi Felda Soeharto
  • Nadi Felda Gedangsa
  • Nadi Felda Sungai Tengi
  • Nadi Pekan Kuala Kubu Bharu
  • Econsave Batang Kali

Pengarang :