Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan cek cura daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) kepada Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais sumbang RM600 ribu bantu Yide urus kebajikan anak yatim

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KUALA LANGAT, 16 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan RM600 ribu kepada Tabung Anak Yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) tahun ini.

Pengerusinya berkata sumbangan itu membuktikan keprihatinan Mais dalam memastikan pengurusan kebajikan anak yatim seluruh negeri ini terus terbela.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berucap pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Majlis penyerahan sumbangan anak yatim di negeri Selangor adalah acara tradisi di bulan Ramadan untuk kita meraikan golongan ini.

“Bagi tahun ini, Yide telah memperuntuk RM1.7 juta sumbangan Aidilfitri untuk diagihkan kepada 11,386 anak yatim yang berdaftar di bawah Yide,” kata Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pada majlis sumbangan Aidilfitri di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM87,900 kepada 586 anak-anak yatim di Kuala Langat.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide Mohd Salim Mohamed Sain ketika ditemui berkata orang ramai boleh terus menyumbang melalui kupon Infak Yatim sepanjang Ramadan ini.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Mohd Salim Mohamed Sain. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Kupon Infak Yatim Yide yang bernilai RM2 juga dikendalikan amik zakat fitrah di setiap masjid di sembilan daerah selain boleh dibuat melalui laman rasmi Yide.

“Program ini adalah wadah kebersamaan antara Yide dan penyumbang demi kelangsungan kebajikan serta manfaat anak yatim dan juga mereka yang memerlukan di Selangor,” katanya lagi.

Sebahagian anak yatim gembira setelah menerima duit raya daripada Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim di Masjid Nurul Iman, Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 16 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :