Penduduk Taman Malihah mengharungi banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan pada 2 Mac 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang malam ini

KUCHING, 2 MAC: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat malam ini dengan lebih 1,000 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.

“PPS bagi kawasan di Kuching ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok, SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Dewan Taman Malihah.

“Selain itu, PPS di Bau ialah Balai Raya Kampung Senibung dan Dewan Kampung Segong manakala PPS SK Pasir Tengah di Lundu,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :