Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Selangor dan Siemens Malaysia Sdn. Bhd di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 28 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
SELANGOR

MB: Bukan hanya di Selangor, Goodyear juga tutup kilang di Ohio

SHAH ALAM, 7 MAC: Bukan hanya menutup kilang di negeri ini, syarikat pengeluar tayar global, Goodyear turut menutup operasinya di Ohio, Amerika Syarikat tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hasil semakan beliau juga mendapati syarikat itu turut melakukan penstrukturan semula pada 2023 yang menjejaskan 1,200 pekerja di Eropah Timur, Afrika dan Asia.

“Ini dilakukan kerana syarikat itu menstruktur semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan pesaing-pesaing lain.

“Saya membaca laporan penuh Goodyear di peringkat tahunan… bagaimana mereka menutup dan menyusun semula (operasi) kerana kos pekerja yang tinggi,” katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Hari ini dilaporkan Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Presidennya bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.


Pengarang :