Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena majlis sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB tinjau hari pertama sekolah, seru bersama bentuk generasi berdaya tahan

KAJANG, 11 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa meninjau hari pertama persekolahan selain meraikan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bukit Mahkota di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang disambut Guru Besar Nur Hanani Md Nafi dan barisan guru kemudian melawat kawasan sekolah selain beramah mesra dengan murid.

Amirudin dalam ucapannya menasihatkan semua pihak berganding bahu membentuk generasi baharu yang berdaya tahan dan mampu berdepan pelbagai cabaran masa hadapan.

“Pandemik lalu memberi kesan kepada setiap seorang daripada kita, sama ada dalam bentuk mental mahu pun fizikal. Sedikit sebanyak ia mengubah kemampuan diri kita.

“Jadi mahu atau tidak, setiap institusi berperanan untuk melahirkan anak-anak yang berdaya tahan. Kita perlu keluar daripada ketakutan untuk terus bersaing dengan dunia masa hadapan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan wakil Yayasan Selangor menyampaikan sumbangan kepada wakil sekolah ketika merasmikan sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor Zaini Sulaiman.

Pada majlis sama, Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan cek cura berjumlah RM50,000 kepada pihak sekolah bagi pembinaan kemudahan dewan terbuka untuk keperluan aktiviti murid.

Amirudin turut menyempurnakan penyerahan bantuan program Kembali Ke Sekolah oleh Selangor FC kepada 100 murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memotong pulut kuning sempena majlis sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan lawatan sekitar sekolah sempena majlis sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan lawatan sekitar sekolah sempena majlis sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bantuan program Kembali Ke Sekolah oleh Selangor FC sempena majlis sambutan ulang tahun sedekad Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 11 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :