Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘CEpat-CEpat Menang’ di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 9 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: Transaksi tanpa tunai bantu lancarkan hidup seharian rakyat

SHAH ALAM, 10 MAC: Kerajaan Negeri memperluas program pendigitalan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu selari perkembangan pembangunan aplikasi dalam talian seperti Shopee sekitar 2018.

“Menyedari tentang pembangunan aplikasi Shopee, Lazada dan Grab sekitar 2018, saya lihat perkembangan ini merupakan kesempatan terbaik untuk laksana transformasi pendigitalan.

“Justeru, Kerajaan Negeri membangunkan pembayaran elektronik berpusat Citizen E-Payment (CEPat) pada 2019 untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai,”katanya.

Amirudin berkata demikian pada sesi soal jawab bersama duta peraduan CEPat-CEPat Menang Tiz Zaqyah di pusat beli-belah Melawati di sini, semalam.

Tambah beliau konsep pendigitalan bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian rakyat malah dapat menghubungkan penduduk dengan aktiviti Kerajaan Negeri.

Aplikasi CEPat yang dilancar pada 1 Ogos 2019 menawarkan kemudahan permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, kompaun, parkir dan bayaran bil utiliti.

Transaksi tanpa tunai itu boleh dimuat turun melalui PlayStore bagi pengguna Android dan AppStore bagi iOS.


Pengarang :