Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan wang tunai daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Masjid Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 30 Mac 2024. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI salur RM22,750 bantu 91 keluarga terjejas banjir sekitar DUN Semenyih

HULU LANGAT, 30 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini menyalurkan bantuan wang tunai RM22,750 bagi membantu 91 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang terjejas bah baru-baru ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata penerima bantuan membabitkan 56 keluarga dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Kembung Hilir (20) dan Kampung Batu Tiga (15) dengan masing-masning menerima RM250.

“Sumbangan wang tunai hari ini adalah sagu hati dan bantuan susulan pada 5 November lalu MBI telah memberi sumbangan bakul makanan dan pembersihan rumah kepada semua mangsa banjir.

“MBI amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir di DUN Semenyih dan bantuan satu tanda Kerajaan Negeri tidak melupakan rakyat yang berada dalam kesulitan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Ditemui pada majlis serahan sumbangan yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ahmad Azri memaklumkan pihaknya turut menyalur sumbangan khas RM10,000 kepada Masjid Kampung Batu 3, Semenyih.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan cek cura simbolik penyerahan sumbangan khas kepada pengurusan Masjid Kampung Batu 3, Semenyih, Hulu Langat pada 30 Mac 2024. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan M Yusop dan Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI

Amirudin dalam ucapannya berharap sumbangan berkenaan dapat mengurangkan beban mangsa yang masih dalam proses pemulihan dan memulakan kehidupan baharu selepas kejadian.

“Semoga sumbangan khas yang disalurkan buat Masjid Kampung Batu 3 ini juga dapat menampung perbelanjaan masjid dan boleh dibelanjakan kepada program di bulan Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan moreh khususnya menjelang 10 malam terakhir,” katanya.

Sementara itu, mangsa Nor Milah Sheikh Dollah, 58, berkata sumbangan itu sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan membaiki rumahnya di Kampung Pasir Baru yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir.

Nor Milah Sheikh Dollah, 58,

“Kejadian berlaku terlalu cepat dan anggaran jumlah kerugian sebanyak RM90,000. Saya hargai bantuan yang diterima hari ini dapat menampung kos baiki rumah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Fadhilah Kamarulzaman, 61, yang terjejas selepas kediamannya di Kampung Pasir Baru dilanda musibah sama turut terharu dan syukur dengan bantuan tunai yang diterimanya.

Fadhilah Kamarulzaman, 61,

“Sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan saya untuk membersihkan rumah dipenuhi lumpur susulan kejadian banjir lalu,” kongsinya.


Pengarang :