Anggota Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Sabak Bernam memeriksa gerai jualan di Bazar Ramadan Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Mac 2024. Foto Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam
PBTSELANGOR

MDSB keluar enam kompaun dalam operasi pantau bazar Ramadan

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengeluarkan enam kompaun dalam operasi pemantauan dan pemeriksaan di Bazar Ramadan Sungai Besar, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kompaun dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh, kad suntikan typhoid tidak dibawa dan tamat tempoh selain terdapat telur lalat dalam makanan.

“Pemeriksaan bermula jam 4 petang di gerai jualan termasuk kad suntikan, sijil kursus pengendalian makanan, kebersihan diri, gerai dan kempen keselamatan dan pengurusan sampah yang betul.

“Semua peniaga diingatkan supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan elakkan daripada dikenakan kompaun atau tindakan selanjutnya yang lebih tegas,” katanya menerusi Facebook.

Operasi membabitkan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Penguatkuasaan MDSB disertai Setiausahanya Mohd Azreen Ariffin dan Ketua Unit Perundangan Nur Suhada Bakri.


Pengarang :