Petugas membuat persiapan sempena program Jelajah Ehsan Rakyat di Pangsapuri Meru Ehsan, Meru, Klang pada 1 Febuari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Meru antara tiga lokasi jualan barang asas murah hari ini

SHAH ALAM, 13 MAC: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi mulai 9 pagi hari ini.

Program diadakan di Jalan Jabar, Masjid Nurul Jannah (Meru); Kampung Labu Lanjut (Sungai Pelek) dan Dewan Orang Ramai Sri Kundang, Kampung Kundang (Tanjung Sepat).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Program itu dijenamakan sebagai Jualan Prihatin Rakyat pada 28 Februari 2022. Pelaksanaannya dilanjutkan sehingga Julai 2022. Pada 30 Ogos 2022, ia diumumkan pula sebagai Jualan Ehsan Rakyat.

Ia kemudian ditukar kepada Jualan Ehsan Rahmah selepas PKPS bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :