Sukarelawan MySave Food@Bazar Ramadan membuat pengumpulan lebihan makanan di bazar Ramadan depan IADA Kuala Selangor pada 29 Mac 2024. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

MPKS kumpul 54.7kg lebihan makanan, kutipan di tiga bazar Ramadan

SHAH ALAM, 30 MAC: Sebanyak 54.78 kilogram (kg) lebihan makanan berjaya dikumpul di bazar Ramadan setakat dua hari program MySave Food@Bazar Ramadan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan makanan tersebut diagihkan kepada pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.

“Program ini bertujuan mengelakkan pembaziran makanan dan mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan,” katanya menerusi Facebook.

MPKS juga meneruskan program ke tiga lokasi iaitu di depan Pasaraya Lotus, Kuala Selangor (1 dan 8 April), Bazar Ramadan Tanjung Karang (3 April) dan Bazar Ramadan IADA (5 April).

“Justeru, peniaga digalak menyumbangkan baki makanan yang tidak terjual untuk diagih kepada mereka yang lebih memerlukan dan tempat kebajikan,” ujarnya.

Program itu turut dibantu sukarelawan dari Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan Kolej Intra Kuala Selangor yang disokong Pejabat Penyelaras DNS Bukit Melawati.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Afdhal Ismail atau Shuhada Abu Bakar di talian 03-3289 1439.


Pengarang :