Yang Dipertua MPSepang Dato’ Abd Hamid Hussain (tengah, baju biru) bersama kakitangan selepas menjayakan program menuai padi di Kebun Bandar@Cyberjaya pada 5 Mac 2024. Foto MPSepang
PBTSELANGOR

MPSepang laksana projek tanam padi dalam bandar, wujudkan suasana desa

SHAH ALAM, 8 MAC: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan projek penanaman padi di Kebun Bandar@Cyberjaya bagi mewujudkan suasana desa dalam bandar.

Menurut yang dipertuanya projek rintis penanaman padi jenis MR297 Siraj yang digerakkan Jabatan Landskap bermula 15 Oktober lalu membabitkan keluasan 450 kaki per segi.

“Projek ini juga mendedahkan generasi kini suasana sawah bendang sekali gus mewujudkan rantaian keterjaminan makanan,” kata Dato’ Abd Hamid Hussain kepada Selangorkini.

Kakitangan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menjayakan program menuai padi di Kebun Bandar@Cyberjaya pada 5 Mac 2024. Foto MPSepang

Beliau turut merancang menambah empat plot petak padi selain menambah baik sistem pengairan moden dan bersepadu bagi menjamin kualiti serta hasil padi.

Pada 5 Mac lalu, Abd Hamid bersama kira-kira 50 kakitangan jabatan terbabit menyertai program menuai padi di projek berkenaan.

Program menuai itu diadakan secara tradisional menggunakan sabit dan padi dipukul bagi mengeluarkan beras.

Projek berkenaan turut dikelilingi lebih 400 pokok buah-buahan yang ditanam atas tanah seluas tujuh ekar.


Pengarang :