EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau gerai jualan ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri bakal buka pusat lelongan produk tani di Sijangkang, operasi Mei depan

SHAH ALAM, 3 MAC: Kerajaan Negeri bakal membuka pusat lelongan produk pertanian di Sijangkang, Kuala Langat menjelang Mei depan.

EXCO Pertanian r Izham Hashim berkata pusat seluas dua ekar yang mengumpulkan pelbagai hasil tanaman kini dalam proses pengubahsuaian.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berucap ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Inisiatif ini terinspirasi selepas kita melawat ke Korea dan Jepun. Mereka mengumpulkan semua hasil tanaman di satu pusat yang boleh dibeli oleh semua pengguna termasuk peniaga.

“Kita juga tidak mahu petani mengeluarkan hasil tetapi ia tidak berterusan sehingga bekalan terputus di pasaran. Menerusi pusat ini, petani akan terus membawa hasil tanaman untuk dijual kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu Ir Izham merasmikan Karnival Pertanian Madani Kota Raja di pekarangan Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) di sini.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim menandatangani perasmian kedai murah Kohijrah ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau menambah, pusat lelongan berkenaan akan menawarkan harga lebih murah berbanding pasaran selain produknya berkualiti tinggi dan segar.

“Pusat lelongan ini tidak terlalu besar tetapi masih membantu memudahkan peniaga-peniaga kedai makan yang mahu membelinya selain harga berpatutan,” katanya.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meninjau kedai Kohijrah ketika Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma KoHijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :