Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia di STDC kampus Shah Alam pada 12 Disember 2023. Foto RADIN WAZIR/ PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Negeri disaran wujud lebih banyak kursus kecerdasan buatan

SHAH ALAM, 1 MAC: Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan berharap Selangor dapat mewujudkan lebih banyak kursus kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan muda.

Pua Pei Ling berkata teknologi AI berpotensi melonjak pelbagai bidang termasuk industri kreatif, makmal penyelidikan, usaha kreatif dan pemacu inovasi program.

“Dunia sedang pantas bergerak ke arah pendigitalan, oleh itu saya juga harapkan agar anak-anak kita tidak ketinggalan untuk mahir dalam bidang digital dalam kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lajan Pua Pei Ling 

“Saya juga menjunjung kasih pujian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bangga kerana Kerajaan Negeri mempunyai pusat TVET sendiri iaitu Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) untuk melatih ilmu vokasional kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena isitiadat pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Pei Ling turut mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan kaunter bergerak pada hujung minggu bagi memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan awam.

Menurutnya, lokasi kaunter bergerak perlu dipilih mengikut keperluan setempat khususnya di kawasan tumpuan bagi memenuhi permintaan masyarakat.

“Ada isu-isu yang perlu diselesaikan segera seperti lubang jalan raya, kerosakan lampu isyarat dan sebagainya yang memerlukan agensi kerajaan bertindak cepat tanpa birokrasi,” katanya.


Pengarang :