EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran pada pelancaran lot perindustrian eksklusif projek taman perindustrian hijau (GRIP), Kota Puteri Crown City di DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City, Shah Alam pada 11 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pacu ekonomi negeri, fasa satu taman industri Kota Puteri siap 2027

SHAH ALAM, 11 MAC: Fasa pertama taman perindustrian (GRIP) Kota Puteri di Gombak yang menjalankan aktiviti perindustrian mesra alam dijangka siap menjelang 2027.

EXCO pelaburan berkata projek pembangunan berpusat dan berpagar kendalian Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor melibatkan 13 lot, berkeluasan antara satu hingga dua hektar.

Bermula Mei ini, projek yang dilancarkan tahun lalu menurut Ng Sze Han, menarik minat 50 pembeli berpotensi untuk mendapatkan lot industri bagi melancarkan operasi mereka.

EXCO Pelaburan Ng Sze Han (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS Dato’ Mahmud Abbas melawat tapak pameran pada pelancaran lot perindustrian eksklusif projek taman perindustrian hijau (GRIP), Kota Puteri Crown City di DoubleTree by Hilton Shah Alam, i-City, Shah Alam pada 11 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL

“Keseluruhan projek seluas 152 hektar melibatkan tiga fasa dengan sasaran siap dalam tempoh 10 tahun. Kita anggarkan pembangunan ini mencatatkan nilai pembangunan kasar RM2 bilion,” katanya.

Berucap pada sidang media selepas melancarkan lot eksklusif industri berkenaan, jelasnya, hab halal turut dibangunkan apabila GRIP Kota Puteri siap sepenuhnya dengan menyasar peniaga kecil dan sederhana.

“Kita harap projek ini mampu menarik lebih ramai pemain industri dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, sekali gus menyumbang peluang kerja dan pendapatan,” katanya.

Pada Julai tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin melancarkan projek yang merupakan sebahagian daripada inisiatif dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).


Pengarang :