Pemandu jengkaut maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong di Jalan Sungai Kelambu, Banting pada 6 Mac 2024. Foto JBPM Selangor
AGENDANASIONAL

Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh di kawasan lombong

SHAH ALAM, 6 MAC: Pemandu jengkaut maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong di Jalan Sungai Kelambu, Banting, dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun dari Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat tertimbus sehingga paras dada.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari.

“Mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dalam tempoh 15 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA


Pengarang :