Pengunjung melihat Pameran Anak-anak Sidek yang berlangsung sehingga 30 April ini di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Foto Facebook Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Pengisian menarik tarik 8,000 pelawat ke Pameran Anak Sidek

SHAH ALAM, 3 MAC: Lebih 8,000 pengunjung melawat Pameran Anak-Anak Sidek di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah sejak dilancar November tahun lalu.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata beliau yakin pengunjung semakin bertambah ke pameran yang dianjur hingga 31 April susulan cuti persekolahan ketika ini.

“Pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang pameran dan saya menyeru ibu bapa untuk bawa anak mereka telusuri sejarah lagenda badminton negara ini.

“Antara aktiviti diadakan adalah pertandingan mewarna, kuiz pengunjung serta teka jumlah bulu tangkis,” katanya ketika merasmikan Klinik Badminton di Dewan Badminton Kelab Sukan SUK Selangor di sini hari ini.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah (kiri) bersalaman dengan Datuk Misbun Sidek pada Klinik Badminton Padat bersama Nusa Mahsuri sempena Pameran Anak-Anak Sidek di Dewan Badminton Kelab Sukan SUK Selangor, Shah Alam pada 03 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pameran Anak-anak Sidek menceritakan kisah kejayaan keluarga Datuk Sidek Abdullah Kamar yang berjaya membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.

Allahyarham hanya melatih Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman dan Abdul Rashid di gelanggang kediamannya di Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat.

Antara koleksi dipamerkan adalah pingat kejuaraan kejohanan dunia World Cup Badminton, Men Doubles Winne, All England, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea dan cenderamata dihadiahkan kepada mereka lima beradik.


Pengarang :