SELANGOR

Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 1 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 11 malam ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :